Saturday 25 February 2012

SAMBAL GORENG JAWA.


BAHAN2;

Daging -dihiris nipis selepas direbus,
Bawang besar-dihiris dan digoreng,
Tempe-diris selepas digoreng,
cili kering-dihiris selepas digoreng,
cili mmerah dan hijau-dihiris kemudian goreng,
kelapa 1bj-ambil santan pekat,
cili giling- 1/2 senduk atau ikut pedas,
gula dan garam-ikut rasa,
lengkuas diketuk,
air daging dicampur ngan sedikit belacan ngan sedikit air asam.

CARA2;

tumis cili giling hingga garing dan masukkan bahan2 yg digoreng dan masukkan daging dan air rebusan daging tadi,air belacan,air asam,kacau sebati kemudian masukkan santan.Akhiir sekali masukkan bahan perasa,masak biar pekat,angkat dan hidangkan.


#berapa banyak bahan ,ikut keperluan sendiri...selamat mencuba.

Friday 24 February 2012

DAGING MASAK HITAM


BAHAN2;

1kg daging batang pinang,
4sudu besar cili kering yg di blend,
5bj bwg besar-diblend halus,
kicap pekat 1 cwn,
2 s/b cuka,
2 s/b gula.minyak utk menumis.

CARA2;

Daging rebus empuk,letak kicap,gula dan cuka, biar sebati,perapkan seketika.panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar,  
biarkan pecah minyak barulah dimasukkan daging yg diperap tadi.
masak hingga pekat.
.
,

KEK COKLAT LEMBAB

BAHAN2;

1 1/2 cawan gula perang{gual putih pun boleh},
1/2 cwn koko.
1 cwn minyak masak,
1/2 cwn susu pekat,
1 cwn susu coklat,
3bj telur,
1 1/2 cwn tpg ayak ngan 1s/b baking powder ngan 1s/k soda,
1 s/k aising vanila.

CARA2;

gula perang,koko,minyak masak,susu pekat susu coklat di masak sehingga gula cair dan sebati.
telur dipukul hingga kembang,kemidin masukkan bahan yg telah sejuk tadi,kacau sebati.
masukkan tpg sedikit demi sedikit,gaul sebati.
panaskan kukusan,dan kukus bancuhan tadi sehingga masak,lebih kurang 1 jam.



ADUNAN INI BOLEH JUGA DIBUAT MUFFN CUMA DITAMBAH COKLAT CHIP.KAEDAH MEMBAKAR BOLEH JUGA DIGUNAKAN.

#Terima kasih kepada Wati kerana telah memberi resepi ini...memang sedap...anak2 ngan suami menyukainya...